Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan nota buat ahli keluarganya termasuk anak dan cucunya sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd terhadap beliau.
Menerusi perkongsian di Facebook, bekas Perdana Menteri itu menceritakan perjuangannya sepanjang 46 tahun berkhidmat dalam arena politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa.